Sunday, 3 June 2012

PERATURAN HOMESTAY TOYYIBAH


·         Tempahan hanya akan disahkan setelah pelanggan membayar deposit RM100 ke dalam akaun Maybank 155015217978 atau akaun CIMB :05060169346521 (Mohd Zawawi bin Awang Hamat). Ini bagi mengelakkan pertindihan tempahan. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
·         Baki bayaran hendaklah dijelaskan semasa check in.
  • Sekiranya pelanggan hendak membatalkan tempahan, sila maklumkan 2 minggu sebelum tarikh tempahan untuk mendapatkan kembali wang deposit( kami terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan kerugian).
  • Kunci akan diberikan selepas semua bayaran diterima secara tunai.
·         Waktu check-in adalah pukul 2 petang dan check-out sebelum pukul 12 tengahari.
·         HOMESTAY TOYYIBAH hanya untuk muslim sahaja. Pasangan yang belum berkahwin tidak dibenarkan menyewa.
·         Hanya makanan halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.
·          Minuman keras, dadah dan binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam homestay.
·          Penyewa hendaklah menjaga segala kemudahan yang terdapat di dalam rumah dengan baik.
·         Sila jaga TATASUSILA tuan/puan dan keluarga ketika berada di sini agar tidak mengganggu penghuni di sekitarnya.
·         Sila jaga alatan/perabot di dalam rumah seperti anda berada di rumah sendiri.  Jika rosak, kami berhak meminta ganti rugi  sama nilai kerosakan tersebut dari pihak penyewa. Kami berhak meminta ganti rugi selepas 7 hari tarikh sewa anda setelah dibuat semakan/siasatan.
·         MENCURI adalah satu kesalahan. Kami akan melaporkan kepada pihak polis jika berlaku keadaan demikian.
·         Sila basuh pinggan mangkuk dan sebagainya yang digunakan  sebelum meninggalkan rumah.
·         Sila buang semua bungkusan makanan yang sudah tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
·         Dilarang merokok di dalam rumah. Dibenarkan di kawasan luar homestay sahaja.
·         Sila bawa bersama barangan berharga ketika anda keluar dari rumah ini. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barangan anda.
·         Perjanjian kadar sewa adalah seperti perbualan di telefon semasa tempahan, jika ada perubahan dari segi bilangan penghuni dsbg, kadar sewa akan berubah mengikut keadaan.
·         Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita & lampin bayi) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
  •  Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi  kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
  •  Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out).
  •  Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam homestay, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum check out.
  • Sila patuhi masa check out yang betul iaitu selewat-lewatnya jam 12.pm. Sila call/sms saya setengah jam sebelum check out. Anda boleh minta check out lewat dengan kadar caj tambahan RM10/jam dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan.
  • Jika penginapan melebihi 2 hari, pihak pengurusan HOMESTAY TOYYIBAH member diskaun sebanyak RM10 untuk hari ke 3 dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment