Tuesday 12 June 2012

MASJID SEKITAR HOMESTAY TOYYIBAH

Masjid Kariah Sikamat 
 Masjid Paling Hampir Dengan HOMESTAY TOYYIBAH

Masjid Kariah Sikamat mula beroperasi pada bulan Disember 2003 yang lalu dan ditadbir oleh Jawatankuasa masjid yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Masjid Kariah Sikamat dikelilingi kira-kira 20 buah taman perumahan di mana majoriti penduduknya beragama Islam. Masjid tersebut terletak bersebelahan Klinik Desa Sikamat dan berdekatan Perpustakaan Desa Masjid Kariah Sikamat dan boleh memuatkan kira-kira 3,500 orang jemaah dalam satu-satu masa.




MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG


MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG AMPANGAN PADA ASALNYA TELAH DIBINA PADA TAHUN 1840M PADA ZAMAN YTM DATO' KELANA PETRA KAWAL DAN TELAH DIBAIKI SERTA DIUBAHSUAI OLEH YTM DATO' KELANA PETRA SENDENG YANG MENJADI UNDANG LUAK SUNGAI UJONG PADA TAHUN 1850 HINGGA 1872M. PADA TAHUN 1928, YTM DATO' KELANA PETRA MAAMOR BIN KASIM, UNDANG LUAK SUNGAI UJONG TELAH MEMBINA SEMULA DENGAN BANGUNAN BATU IAITU MENJADI INDUK MASJID SEKARANG INI. TAPAK MASJID INI TELAH DIWAKAFKAN OLEH ALLAHYARHAM TOK MUKIM.
 
ATAS NASIHAT YTM DATO' KELANA PETRA MUBARAK BIN DOHAK, NAMA MASJID INI DITUKAR KEPADA NAMA BARU IAITU MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG MULAI OKTOBER 1995M YANG LALU. MASJID INI PERNAH DIBAIKI DAN DINAIK TARAF PADA TAHUN 1963M, 1978M , 1991M , DAN 1993M.
SEMASA DIBINA AHLI JEMAAH ADALAH SERAMAI 300 DAN KINI TELAH BERTAMBAH SERAMAI 3000 ORANG.
MASJID INI MENGURUS DAN MENGAWAL SELIA SEBUAH KAWASAN TANAH PERKUBURAN DAN LAPAN BUAH SURAU DI BAWAH SELIAANNYA.


Thursday 7 June 2012

HUTAN LIPUR ULU BENDUL

 Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban, 15 minit dari HOMESTAY TOYYIBAH. Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar. 







Sunday 3 June 2012

UNTUK TEMPAHAN

HUBUNGI:
US HAMZAH 012 357 5374/0172696298

KADAR SEWAAN :
 PAKEJ RM 200


·         TIGA LANGKAH MUDAH 
UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN/ BOOKING:

1) Call/SMS 0193487836( En Aziz) @ 012 3575374 (Us Hamzah) untuk memastikan kekosongan Homestay.

 2) Bayar deposit/cengkeram SEGERA RM100/malam ke akaun Maybank atau CIMB saya melalui ATM .Homestay hanya akan direzabkan kepada anda setelah deposit diterima.

"First Deposit, First Reserved"


Nama: MOHD ZAWAWI BIN AWANG HAMAT 
No. Akaun: 155015217978

Nama: MOHD ZAWAWI BIN AWANG HAMAT 
No. Akaun: 05060169346521

3) Setelah pembayaran dibuat, sila sms dengan seberapa segera:
Nama Penuh, Nama Homestay, Tarikh Check In & Check Out, Bil Malam, Nama Bank, Tarikh Bayaran, Masa  dan JumlahBayaran. 
Cth: Ali bin Abu AmanA  17/9-20/9 (2mlm) Mayb 05/6/11 13:25 RM200

Hantar kepada (Send to): 012 357 5374 & 0193487836
Sila simpan resit ATM dan tunjukkan semasa Check In.

Penting
Deposit ini tidak termasuk bayaran penginapan di homestay. Sila buat bayaran penuh penginapan ketika Check In. Deposit ini dijadikan cengkeram dan hanya akan dikembalikan setelah anda keluar dari homestay dengan 'selamat' ketika Check Out.

Deposit ini juga tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan. (Kami terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan kerugian). 

Harap maklum. T&C Apply.

Check in: 2.00 petang (Kecuali Jumaat 2.30 ptg)
Check out: 12.00 tgh.

Check out lewat akan dicaj RM10/jam tertakluk kepada kekosongan homestay iaitu tiada customer pada hari berkenaan.




PERATURAN HOMESTAY TOYYIBAH


·         Tempahan hanya akan disahkan setelah pelanggan membayar deposit RM100 ke dalam akaun Maybank 155015217978 atau akaun CIMB :05060169346521 (Mohd Zawawi bin Awang Hamat). Ini bagi mengelakkan pertindihan tempahan. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
·         Baki bayaran hendaklah dijelaskan semasa check in.
  • Sekiranya pelanggan hendak membatalkan tempahan, sila maklumkan 2 minggu sebelum tarikh tempahan untuk mendapatkan kembali wang deposit( kami terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan kerugian).
  • Kunci akan diberikan selepas semua bayaran diterima secara tunai.
·         Waktu check-in adalah pukul 2 petang dan check-out sebelum pukul 12 tengahari.
·         HOMESTAY TOYYIBAH hanya untuk muslim sahaja. Pasangan yang belum berkahwin tidak dibenarkan menyewa.
·         Hanya makanan halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay.
·          Minuman keras, dadah dan binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam homestay.
·          Penyewa hendaklah menjaga segala kemudahan yang terdapat di dalam rumah dengan baik.
·         Sila jaga TATASUSILA tuan/puan dan keluarga ketika berada di sini agar tidak mengganggu penghuni di sekitarnya.
·         Sila jaga alatan/perabot di dalam rumah seperti anda berada di rumah sendiri.  Jika rosak, kami berhak meminta ganti rugi  sama nilai kerosakan tersebut dari pihak penyewa. Kami berhak meminta ganti rugi selepas 7 hari tarikh sewa anda setelah dibuat semakan/siasatan.
·         MENCURI adalah satu kesalahan. Kami akan melaporkan kepada pihak polis jika berlaku keadaan demikian.
·         Sila basuh pinggan mangkuk dan sebagainya yang digunakan  sebelum meninggalkan rumah.
·         Sila buang semua bungkusan makanan yang sudah tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
·         Dilarang merokok di dalam rumah. Dibenarkan di kawasan luar homestay sahaja.
·         Sila bawa bersama barangan berharga ketika anda keluar dari rumah ini. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barangan anda.
·         Perjanjian kadar sewa adalah seperti perbualan di telefon semasa tempahan, jika ada perubahan dari segi bilangan penghuni dsbg, kadar sewa akan berubah mengikut keadaan.
·         Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita & lampin bayi) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
  •  Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi  kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
  •  Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out).
  •  Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam homestay, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum check out.
  • Sila patuhi masa check out yang betul iaitu selewat-lewatnya jam 12.pm. Sila call/sms saya setengah jam sebelum check out. Anda boleh minta check out lewat dengan kadar caj tambahan RM10/jam dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan.
  • Jika penginapan melebihi 2 hari, pihak pengurusan HOMESTAY TOYYIBAH member diskaun sebanyak RM10 untuk hari ke 3 dan seterusnya.

KEISTIMEWAAN HOMESTAY TOYYIBAH

1. RUANG PARKING YANG LUAS. boleh memuatkan 6 buah kereta
2. RUANG TAMU LUAS 

3. DAPUR, RUANG MAKAN YANG SELESA
4. ADA 2 BILIK BERHAWA DINGIN DAN BERKIPAS DAN 2 BILIK BERKPAS SAHAJA
5. ADA 5 KATIL BERSIZE SINGLE ( 2 dalam bilik utama, manakala 1 dalam bilik2 lain)


6-BOLEH MENGGOSOK BAJU DAN MEMASAK





















8- Boleh menonton TV

HOMESTAY TOYYIBAH : HOMESTAY PILIHAN ANDA



HOMESTAY TOYYIBAH  ialah sebuah homestay yang kini beroperasi di 211, JALAN WARISAN PUTERI A8, TAMAN WARISAN PUTERI, 71770, SEREMBAN, NSDK. Menawarkan tempat kediaman muslimin dan muslimah yang bersih, selesa, aman sesuai untuk perseorangan mahupun keluarga. Bagi yang mencari homestay dan inginkan suasana seperti berada di rumah sendiri, inilah homestay yang memenuhi kehendak anda
Lokasi strategik yang berhampiran dengan
1-Bandar Seremban,

2- Institut Perguruan Guru Raja Malewar


3- SM SAINS TUNKU MUNAWIR,

 dulu dikenali sebagai SASER

4- KOLEJ TUNKU KURSHIAH,

5- SMKA  SHEIKH HAJI MOHD SAID,

6- Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi,


7- KOMPLEKS SUKAN PAROI

8- dan PLAZA TOL LEBUHRAYA KAJANG SEREMBAN (LEKAS) EXIT AMPANGAN.

 9. Ladang Burung Kasawari Jelita Ostrich Show Farm
10. JERAM TOI, JELEBU


Lokasi
- 5 minit ke highway LEKAS
- Kurang 20 minit ke Highway PLUS
- Kurang 10 minit dari Pusat bandar seremban.
Hanya mengambil masa
·         4 minit ke IPG RAJA MALEWAR.
·         5 minit ke SM SAINS TUNKU MUNAWIR
·         8 minit ke KOLEH TUNKU KURSHIAH
·          8 minit ke STADIUM PAROI
·          9 minit ke KOMPLEKS SUKAN PAROI
·         11 minit ke PUSAT DAKWAH PAROI
·         5 minit ke Ladang Burung Kasawari Jelita Ostrich Show Farm di Jalan Jelebu
·         10 minit ke Seremban International Golf Club (SIGC)
·         25 ke kawasan perkelahan Ulu Bendul, Kuala Pilah.
-   25 minit ke Jeram Toi , Jelebu


Kemudahan:
- 4 bilik tidur.
Bilik 1 (bilik utama):  berhawa dingin dan berkipas, mempunyai almari pakaian, cermin 2 bilik lagi berkipas sahaja) dan dilengkapi 2 buah katil bersaiz super single
Bilik 2 : berhawa dingin dan berkipas dan sebuah katil bersaiz super single.
Bilik 3: berkipas dan dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz super single
Bilik 4: berkipas dan dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz super single

- 3 bilik air yang luas, bersih dan selesa
- Ruang tamu yang besar dan selesa ( set sofa + sebuah televisyen +    
   permaidani + cermin besar)
- Dapur yang lengkap ( meja makan, peti ais, dapur + tong gas, kettle,  
   pinggan mangkuk, gelas dll)
- Lantai yang berjubin
- Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan ( grill, pagar)
- Berhampiran surau, taska, sekolah rendah dan sekolah menengah.
_Rumah mengadap padang permainan.
- Boleh memuatkan 4 buah kereta.