Masjid Kariah Sikamat mula beroperasi pada bulan Disember 2003 yang lalu dan ditadbir oleh Jawatankuasa masjid yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Masjid Kariah Sikamat dikelilingi kira-kira 20 buah taman perumahan di mana majoriti penduduknya beragama Islam. Masjid tersebut terletak bersebelahan Klinik Desa Sikamat dan berdekatan Perpustakaan Desa Masjid Kariah Sikamat dan boleh memuatkan kira-kira 3,500 orang jemaah dalam satu-satu masa.
MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG AMPANGAN PADA ASALNYA TELAH DIBINA PADA TAHUN 1840M PADA ZAMAN YTM DATO' KELANA PETRA KAWAL DAN TELAH DIBAIKI SERTA DIUBAHSUAI OLEH YTM DATO' KELANA PETRA SENDENG YANG MENJADI UNDANG LUAK SUNGAI UJONG PADA TAHUN 1850 HINGGA 1872M. PADA TAHUN 1928, YTM DATO' KELANA PETRA MAAMOR BIN KASIM, UNDANG LUAK SUNGAI UJONG TELAH MEMBINA SEMULA DENGAN BANGUNAN BATU IAITU MENJADI INDUK MASJID SEKARANG INI. TAPAK MASJID INI TELAH DIWAKAFKAN OLEH ALLAHYARHAM TOK MUKIM.
MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG

ATAS NASIHAT YTM DATO' KELANA PETRA MUBARAK BIN DOHAK, NAMA MASJID INI DITUKAR KEPADA NAMA BARU IAITU MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG MULAI OKTOBER 1995M YANG LALU. MASJID INI PERNAH DIBAIKI DAN DINAIK TARAF PADA TAHUN 1963M, 1978M , 1991M , DAN 1993M.
SEMASA DIBINA AHLI JEMAAH ADALAH SERAMAI 300 DAN KINI TELAH BERTAMBAH SERAMAI 3000 ORANG.
MASJID INI MENGURUS DAN MENGAWAL SELIA SEBUAH KAWASAN TANAH PERKUBURAN DAN LAPAN BUAH SURAU DI BAWAH SELIAANNYA.
No comments:
Post a Comment